Takut Selain Allah Adalah Syirik Akbar :
Iaitu takut kepada selain Allah Ta’ala berupa berhala atau patung, atau toghut, atau mayat, atau yang ghaib (tidak terlihat mata,) dari bangsa jin atau manusia bahawa ia boleh membahayakannya atau menimpakan kepadanya sesuatu yang dibenci. Takut ini termasuk tingkatan agama yang tertinggi dan teragung. Barangsiapa yangmemalingkannya kepada selain Allah Ta’ala maka sungguh dia telah menyekutukan Allah Ta’ala dengan syirik besar.
Firman Allah Ta’ala
فَلاَتَخَافُوھُمْ وَخَافُونِ إِن كُنتُمْ مُّؤْمِنِینَ
kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu benar-benar orang yang beriman. (QS. Ali Imrah : 175)
Tawakal Selain Kpd Allah Adalah Syrik Akbar:
Tawakkal kepada Allah Ta’ala dalam segala perkara dan di semua kondisi termasuk jenis ibadah yang paling agung yang harus diikhlaskan hanya kepada Allah ta'ala saja. Barangsiapa yang bertawakkal kepada selain Allah Ta’ala dalam perkara yang tidak boleh melakukannya selain Allah Ta’ala, seperti tawakkal kepada orang yang sudah meninggal dunia dan orang-orang yang ghaib serta seumpama mereka dalam menolak bahaya, mendapatkan manfaat dan rezeqi, bererti dia telah menyekutukan Allah Ta’ala dengan syirik besar.
Firman Allah Ta’ala :
وَعَلَى اللهِ فَتَوَكَّلُوا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِینَ
Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar
orang yang beriman". (QS. Al-Maidah :23)
Syirik dalam Mahabbah (cinta) Selain Allah Adalah Syirik Akbar:
Cinta kepada Allah Ta’ala adalah cinta yang konsekuensi logiknya adalah kesempurnaan hina dan taat kepada Allah Ta’ala. Inilah cinta yang murni hanya kerana Allah ta’ala. Tidak boleh menyekutukan seseorang dengan-Nya dalam mahabbah ini. Maka, siapa yang cinta kepada sesuatu seperti cintanya kepada Allah Ta’ala, bererti ia telah menjadikan sekutu dari selain Allah Ta’ala dalam cinta mengagungkan, dan ini termasuk syirik. Firman Allah ta’ala:
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللهِ أَندَادًا يُحِبُّونَھُمْ كَحُبِّ اللهِ وَالَّذِينَ ءَامَنُوا أَشَدُّ حُبا للهِ
Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapan orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. (QS. Al- Baqarah:165)
Syirik dalam taat Selain Allah Adalah Syrik Akbar:
Termasuk syirik dalam taat adalah taat kepada para ulama, umara
(pemerintah), pemimpin dan hakim dalam menghalalkan yang diharamkan, atau mengharamkan yang dihalalkan Allah Ta’ala. Maka, siapa yang taat kepada mereka dalam hal itu, bererti dia telah menjadikan sekutu-sekutu (tandingan-tandingan) bagi Allah ta’ala dalam tasyri' (menetapkan hukum), menghalalkan dan mengharamkan. Ini termasuk syirik besar, seperti firman Allah ta’ala :
اِتَّخَذُوْا أَحْبَارَھُمْ وَرُھْبَانَھُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُوْنِ اللهِ وَالْمَسِیْحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَآأُمِرُوْا إِلاَّ لِیَعْبُدُوْا إِلَھًا وَاحِدًا لآإِلَهَ إِلاَّ
ھُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُوْنَ
Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai Rabb-
Rabb selain Allah, dan (juga mereka menjadikan Rabb ) Al-Masih putera Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Ilah Yang Maha Esa; tidak ada Ilah (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (QS. At-Taubat :31)